Obsesi fesyen kembar seiras
Pernah suatu pagi, ketika Aziim dan Amin berjalan kaki ke sekolah. Aziim berlari meninggalkan Amin jauh di belakang. Dalam perjalanan itu, tiba-tiba Aziim di ganggu sekumpulan pelajar yang nakal. Mereka mengusik dan mengacau Aziim. Lantas dalam ketakutan, Aziim berlari mendapat Amin semula dan terus mengadu kepadanya.
Amin yang merupakan anak pertama daripada tiga adik beradik itu terus berlari dan menyergah kepada pelajar nakal itu supaya jangan mengacau adiknya.
Terlihat sahaja kelibat dua kanak-kanak lelaki kembar seiras pelajar yang nakal itu berlari lintang pukang menganggap Amin dan Aziim merupakan jelmaan hantu.
"Pada waktu itu, saya terpaku dan merasa hairan. Belum sempat saya buat apa-apa mereka berlari meninggalkan kami. Apa yang penting saya dapat menghalang orang yang menyakat adik kembar saya.
"Mungkin pelajar nakal yang mengusik adik saya itu memikirkan kami jelmaan hantu yang mempunyai muka yang seiras," imbas Amin yang sanggup melakukan apa sahaja demi adik kembarnya Aziim.
Sewaktu insiden itu berlaku, mereka berdua baru sahaja mencecah usia enam tahun.
Itulah keistimewaan yang dimiliki oleh kembar seiras Muhammad Al-Amin Mohd Azhar yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sistem Maklumat Universiti Tenaga Nasional (Uniten) manakala adiknya, Muhammad Al-Aziim Mohd. Azhar yang juga merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer di universiti yang sama.
Keakraban mereka bagai sukar dipisahkan. Walaupun masing-masing sibuk menguruskan pengajian di bawah universiti yang sama dalam mengejar cita-cita di menara gading.
Sepanjang pengajian mereka di Uniten, Amin dan Aziim saling melengkapi antara satu sama lain. Kemesraan mereka bukan lakonan mahupun paksaan. Sebaliknya, anak sulung dan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik itu tanpa segan silu menunjukkan kasih sayang mereka yang tersimpul rapi.
Gelak ketawa dan usikan manja Amin dan Aziim membuktikan mereka saling memahami antara satu sama lain.
Hanya menerusi gaya percakapan, bahasa tubuh dan riak muka, Amin sudah memahami adik kembarnya menyorokkan sesuatu daripada pengetahuannya terutamanya dalam akademik.
"Sejak kecil sehingga dewasa, kami berkongsi bermacam-macam perkara. Bermula daripada topik persahabatan, makanan, pelajaran sehinggalah hobi, semuanya dikongsi bersama.
"Paling nyata, pelajaran merupakan aset yang paling utama dan kami beriltizam untuk menggenggam segulung ijazah di Uniten kelak," luah Amin dan Aziim yang mempunyai minat yang dan hobi yang sama iaitu menari dan menyanyi.
Nampak gayanya, obses mereka berdua pada dunia fesyen tidak hanya dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Sebaliknya, pasangan kembar anak kepada Mohd. Azhar Mohd. Noor dan Roshila Mat Yasin kelahiran Kelantan itu mula meneroka bersama-sama menyertai aktiviti kesukanan dan aktiviti persatuan yang dianjurkan di Uniten.
Memahami golongan muda pada hari ini gemar bergaya funky dan kontemporari, maka kembar yang meminati rona hitam dan putih itu menawarkan pakaian yang berkonsepkan sedemikian.
"Koleksi pakaian kami banyak berteraskan warna-warni dan rekaan yang funky. Usah disebabkan fesyen. Kita perlu berani bereksperimen dengan pelbagai fesyen muda terkini berkonsepkan Jepun dan Korea.
"Kami mempunyai cita rasa yang sama apabila meminati fesyen dan lagu-lagu dari Korea yang menjiwai sifat kami setiap kali membuat persembahan di universiti," kata Amin.
LINK ke Laman Web Utusan (bukti okayy)
hamboii ? RETIS sangat kan kau Amin Aziim. haha
macam mana kami berdua masuk paper ?
camni cerita dia .
Kelompok Amanah ada buat event Malam Anugerah Citrawangsa . LINK
malam tu juga ada buat pertandingan Suara Sensasi@uniten.com and aku as Pengarah Program .
kira grand juga lah malam tu .
so after event tu, ada wartawan datang tegur.
dia kata dia minat nak interview kami sebab kitorg unik ? HA HA
kembar kan. mostly kembar kan macam tak ngam .
so dia tanya kitorg jawab.
macam polis soal siasat daaa. haha
then dia kata nak masuk paper.
happy lah. nak masuk paper bukan senang apatah lagi tv . he he.
tu je kot ? haha
btw, wonderful moment i guess.
need to buy the newspaper this morning nanti. hehe
chiaw ~
i heart this pic ;) |
opening dance. modern . |
hahahaha..terpaku i..hahahha