hey guys !
lama kan aku tak update blog ni .
so now aku dah tukar newlayout . nice la jugak kan .
thanks to Mamek aka Abdul Malik Ramlan sbb bagi tunjuk ajar coding ni untuk layout ni hehe
ok . back to the topic .
3rd of April lepas, aku pergi satu lawatan kebajikan organized by Kelompok Amanah Universiti Tenaga Nasional . aku joined pun sebab ni last event aku terlibat dgn Amanah (nanti dah resign) plus aku memang nak pergi and tengok suasana kat sana .
aku pun tak tahu berapa orang yg pergi ni . sebab aku tak terlibat untuk jawatankuasa program ni dan hanya jadi peserta sahaja gitu . haha . kumpul pukul 7.30pagi, gerak dalam 8 lebih . ngantuk mamai lah kawan ni nak pergi dekat tempat berkumpul . hek hek .
oh lupa nak beritahu details pasal event ni. hee
Tema lawatan kebajikan ini 'Semurni kasih Kilauan Permata' dan dibuat dekat Pusat Jagaan & Rawatan Al-Ikhlas di puchong, selangor. agak dalam sikit lah tempat dia , kampung gitu .
ok . yg aku ingat lah tentang rumah ni,
- orang yg uruskan rumah ini nama dia Pn Muji bt. Haji Sulaiman . tak sure lah dia ni nurse ke apa. sebab ape ? nanti aku cerita utk next point
- Pn Muji atau dikenali sebgai 'mak' , kerja dekat hospital Serdang . so, mana2 orang orang tua, yg takde saudara atau anak anak dia yg perangai setan tinggal kan diorg tu, mak pindah kan diorg ke rumah jagaan ini . ada juga yg anak sendiri yg hantar , dan melawat setiap minggu. ada yang hantar, trus lupakan . mmg setan kan ? grr
- then, setiap orang orang tua kat sini, berbeza latar belakang .ada yg baik. ada yang jahat . macam2 lah . nanti Amin cerita eh ? *euw amin? haha
iklan gambar japp.
nametag. *tapi aku tak dpt pun sbb hanya utk crew. baru nk buat koleksi. hehe |
ini tabung yg kita kutip as derma . byk kot dpt. |
ini lah Puan Muji aka MAK :) |
ok. based on jadual.
first tu kitorg ada berzanji jap dekat rumah sana dan diketuai oleh ustaz Norizam . (baju petak2) orang besar HEP kat Uniten tu.
then. kitorg bermesra dengan orang tua ni .
aku post gmbr aku je ea . hehe
1st
pakcik ea aku panggil. if panggil atok, mcm tak elok . hehe. pakcik ni kasar wooo ! jangan memain . kawan aku ada tawar nak suap kan dia, alih2 pakcik tu btau kawan aku, 'nak ni tak ?' *sambil tunjuk penumbuk. hek hek. cuak kawan aku tu . tapi naseb baik aku tak camtu . kasi dia kuih . tlg bukak kan botol minuman. dia makan agak selekeh. ada sisa makanan tumpah, aku pegi sapu . suka tgk diorg makan :)
2nd
haritu, nenek ni baru beberapa hari je admit kat sini. itu dia kata lah . dia berasal dari keluarga miskin gak la. husband dah meninggal if im not mistaken .anak ada, tp serah kat keluarga angkat. haish. sebak kot time ni dengar cerita dia. dia lonely kat sini . :|
3.
okay. makcik ni asl dari nogori sembilan . tak banyak cerita pasal dia. after dia spm, dia merantau cari kerja. kerja sapu sampah la. ala kerja2 gaji sikit tu . orang berkelulusan biasa, kerja pun kurang la . takmacam korang, untunglah lahir dalam keluarga kaya .tapi, dia sakit. aku tak sure la mata dia buta or rabun or ape . sebab time tu aku tny dia, lapar ke tidak, dia kata lapar. aku kasi la kuih , then dia mcm meraba depan2 pdahal aku pegang kuih tu sebelah dia je . then aku letak atas tangan dia, baru lah dia macam dapat pegang something . gila lagi sebak aku :'( dia stop kerja pun sebab mata dia ni . haish . alhamdulillah la, dia kata , adik beradik dia ada datang melawat. atleast dia tak rasa lonely. kan ? :)
conlusion .
nanti korang dah besar, jangan lah buat macam tu kat parents korang. KARMA guys. remember. even tuhan boleh balas . jaga lah parents korang. takbeban pun actually. nak jaga korang time kecik lagi beban dari jaga diorg. tak gitu kan ? yela. korang budak2 lagi time kecik2. baby cmtu . nk cakap, bukan paham. kan? so take care diorg bebaik. DAN JANGAN SESEKALI buang kat PUSAT JAGAAN TU ! thanks :)
oh ya. if sape2 terbuka hati atau rela hati nk derma, sila ke website PUSAT JAGAAN DAN RAWATAN AL-IKHLAS ni. situ ada maklumat tambahan :)
if ada masa pegi la jenguk they all.. ermm they all bkn nk wang ringgit pn.. cuma nk happy n spend time with them